3, 245 mesin Bitcoin berjaya dirampas polis Kedah dalam 44 Op Lektrik TNB Bitcoin yang dijalankan sejak 19 Januari lalu.
 
Nilai rampasan dianggarkan RM3.2 juta dan 7 suspek yang dipercayai menjalankan kegiatan itu turut ditahan. 

Ketua Polis Kedah, Komisioner  Wan Hassan Wan Ahmad berkata modus operandi
dengan membuat penyambungan haram elektrik dan menjadikan premis perniagaan, premis bekas kilang serta rumah kediaman sebagai platfrom untuk aktiviti mereka.
 
Sindiket juga mengupah dan mengajikan pekerja mahir dalam membuat penyambungan haram.

Jelasnya lagi, harga semasa seunit mesin perlombongan bergantung kepada permintaan semasa dan ia selari dengan nilai harga seunit kripto bitcoin dan mencecah antara RM1000 hingga RM1,500.
 
Wan Hassan bercakap pada sidang media di Alor Setar.
 
Kes disiasat dibawah dibawah sekysen 379 dan 427 kanun keseksaan Akta 574 yang boleh dihukum penjara sehingga 7 tahun atau denda atau kedua duanya, jika disabitkan kesalahan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini