Sebanyak 329 ketua isi rumah (KIR) sekitar Gombak dan Sepang yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini telah menerima Bantuan Pembelian Barangan Keperluan berjumlah RM2,500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu ciapan di laman Twitter memaklumkan, ia dikreditkan ke akaun penerima oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Ujar beliau selain dikredit terus, kaedah serahan secara tunai turut dilakukan di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan diagihan dari rumah ke rumah.

Inisiatif itu diharap dapat membantu meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan supaya usaha kerajaan dapat ditumpukan kepada pemulihan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara pada masa akan datang.

Beliau sebelum itu memaklumkan sebanyak 96% daripada 56,333 KIR terbabit banjir sudah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI).

Kerajaan juga mengumumkan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia kepada setiap ketua isi rumah dinaikkan kepada RM1,000 berbanding RM500 sebelum ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini