Seramai 337,765 daripada 5 juta pekerja sektor informal di seluruh negara telah mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SkSPS) setakat 5 November lalu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, bagaimanapun jumlah pendaftaran di bawah skim berkenaan masih rendah.

Menurut beliau, manfaat skim ini perlu diperluaskan lagi bagi memberi pendedahan keselamatan dan jaminan pekerjaan terutama sektor perikanan.

pihaknya komited terus memberi tumpuan terhadap pekerja sektor informal bagi memastikan perlindungan sosial dapat dinikmati mereka.
 
Dalam pada itu, beliau menjelaskan pencarum dapat menikmati banyak faedah seperti perubatan, hilang upaya sementara, hilang upaya kekal dan orang tanggungan serta pengurusan mayat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini