Jumlah korban akibat banjir di Selangor dan Pahang meningkat kepada 34 nyawa.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 24 mangsa manakala 10 lagi ditemukan di dua lokasi di Pahang.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed, penemuan mangsa lemas susulan kejadian bencana itu membabitkan 14 mayat di Shah Alam, diikuti Klang dan Kajang, masing-masing tiga, Sepang (dua) manakala di Kuala Selangor dan Subang Jaya, masing-masing satu.
 
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani memaklumkan, pihaknya merekodkan 10 kematian berkaitan banjir termasuk; penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki di sebuah kawasan chalet Bobby Eco Camp, Bentong. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini