Arahan mengikut Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1992 dan Kaedah-Kaedah Pengawalan Penternakan Babi 2009 (Lesen) yang telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2010.

Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Mohd Akmal Kamaruddin menerusi laman facebook rasminya memaklumkan, sepanjang tempoh itu juga sebanyak 131 lesen penternakan babi telah dikeluarkan.
 
Untuk Januari tahun ini sahaja, sebanyak 103 ladang babi telah dilesenkan, tiga ladang ditutup dan tiga lagi dalam proses penutupan.
 
Ini menjadikan jumlah yang masih beroperasi hanya 97.
 
Beliau turut memaklumkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan bertindak sejajar dengan peruntukan enakmen berhubung isu pembuangan air najis babi dan pelepasan air lebihan dari kawasan ladang.
 
Selain itu, ladang berdekatan sungai juga disaran mengguna pakai konsep sistem sifar pelepasan iaitu merawat air kumbahan menggunakan bahan kimia dan digunakan semula sebagai air membasuh kandang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini