Seramai 34 warga asing telah ditahan dalam siri Op Gegar di beberapa premis di ibu negara dan Puchong, Selangor.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata operasi pertama dijalankan ke atas sebuah premis hotel bajet di Kuchai Lama yang menjalankan kegiatan pelacuran membabitkan wanita warga asing.

Beliau menjelaskan hasil risikan mendapati premis berkenaan dikunjungi pelanggan terdiri daripada warga tempatan.

17 warga asing ditahan, terdiri daripada tujuh wanita warga Thailand, empat wanita warga Indonesia dan tiga wanita masing-masing warga Myanmar, Laos dan Vietnam disyaki melakukan akitiviti pelacuran.

Operasi kedua dijalankan di sebuah pusat hiburan di Puchong, yang dikawal oleh ‘tonto’ sebagai pemberi maklumat kepada pengendali pusat hiburan itu bagi menggagalkan sebarang usaha serbuan daripada pihak berkuasa.

Antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen.  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini