Lebih 51,000  dos vaksin COVID-19 diberi kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), semalam.

Menurut portal COVIDNOW, angka harian menjadikan kumulatif penerima golongan itu berjumlah 341,960 orang.

Ia mewakili 9.6 peratus daripada jumlah populasi kanak-kanak.

Bagi dos penggalak pula, 42 peratus daripada penerima layak telah menerima vaksin masing-masing.

Manakala kadar imunisasi lengkap dalam kalangan populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula kekal 89.9 peratus

Populasi dewasa yang lengkap vaksinasi pula berjumlah 97.5 peratus.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini