Sebanyak 34.275 juta pokok merangkumi lebih 1,000 spesis ditanam di seluruh negara di bawah ‘Kempen Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita’, setakat 13 Jun lepas.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata jumlah itu bersamaan 34.28 peratus daripada sasaran 100 juta pokok yang perlu dicapai menjelang 2025 menerusi kempen yang dilancarkan Januari tahun lepas.

Datuk Seri Takiyuddin sehubungan itu menyeru supaya lebih banyak persatuan komuniti, badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan individu untuk sama-sama terlibat dan memainkan peranan lebih aktif kerana insentif pengecualian cukai telah disediakan untuk sumbangan kepada aktiviti konservasi dan Penghijauan Malaysia.

Semua pihak juga disaran supaya mengurangkan kebergantungan kepada aktiviti pengusahasilan hutan.

Sebaliknya terus memperkasakan pelaksanaan Forest Beyond Timber seperti ekopelancongan, industri herba dan farmaseutikal.

Ini selari dengan tumpuan masyarakat terhadap ekopelancongan selepas pandemik COVID-19.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Perhutanan Malahysia Ke-19 di Kuantan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini