Di Negeri Sembilan, bantuan wang Ihsan, akan diagihkan kepada 3,462 Ketua Isi Rumah-KIR.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, bantuan itu disalurkan kepada ADUN, dan sebahagian besarnya telah diserahkan kepada KIR.

Proses penyerahan bantuan wang tunai RM1,000 itu, dijangka selesai dalam minggu ini.

Datuk Seri Aminuddin ditemui media, selepas menyampaikan Sijil Khairat Kematian kepada ADUN dan Penyelaras DUN di Seremban.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini