Seramai 348,890 penduduk di Selangor berusia 12 tahun dan ke atas masih belum divaksin setakat 22 November lalu.

Menurut Exco Kesihatan Awam, Dr Siti Mariah Mahmud, jumlah itu melibatkan 275,237 bagi individu berusia lebih 18 tahun dan 73,653 bagi 12 hingga 17 tahun yang masih belum divaksin.

Tambah Siti Mariah, seramai 4.7 juta daripada 5.1 juta penduduk di Selangor berumur 12 tahun dan ke atas sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19 sehingga 22 November lalu.

Jumlah itu melibatkan individu berusia lebih 18 tahun iaitu 4.3 juta manakala 495,447 bagi 12 hingga 17 tahun.

Manakala, anggaran populasi penduduk dewasa di Selangor sebanyak 94 peratus telah divaksin satu dos.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Elizabeth Wong Keat Ping, PH-Bukit Lanjan mengenai jumlah penduduk Selangor yang belum divaksin pada mesyuarat kedua persidangan penggal ke-empat Dewan Negeri Selangor ke-14, di Shah Alam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini