Melaka bersetuju mewartakan 35 ladang ternakan babi di Paya Mengkuang, Masjid Tanah,sebagai kawasan wabak dan kawalan penyakit Demam Babi Afrika – ASF

Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, pewartaan itu bagi mengawal penularan penyakit itu.

Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia mengesahkan ASF telah menjangkiti 16 ladang babi komersial berkenaan. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata, pemusnahan babi di ladang yang disahkan positif ASF juga telah dilakukan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini