Seramai 362 petugas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2021 hari ini.

Mereka sebahagian daripada 654 penerima dari Zon Tengah yang bertugas di Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur.

Anugerah disampaikan Menteri K-KOMM Tan Sri Annuar Musa pada majlis yang berlangsung di Putrajaya.

Turut hadir, Timbalan Menteri K-KOMM, Datuk Zahidi Zainul Abidin, Ketua Setiausaha K-KOMM, Datuk Seri Mohammad Mentek dan Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Che Roslan Che Daud.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini