369 penagih dadah termasuk lima wanita ditahan dalam serbuan Op Sarang Khas Bersepadu (Program Jihad Dadah) dalam tempoh tiga hari dilaksanakan.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid, serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak di 11 lokasi sarang penagih, bermula 21 November lalu hingga hari ini.

Turut dirampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM30,000 dan beberapa buah kereta serta wang tunai bernilai kira-kira RM13,000.

Kesemua penagih berusia antara 13 hingga 60 tahun ini ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk mengedar, memiliki dan menagih dadah.

Operasi turut berjaya menangkap seorang lelaki di bawah Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 serta 11 orang yang dikategorikan sebagai orang yang dikehendaki.

Op Sarang Khas Bersepadu dijalankan bagi mengambil tindakan kepada semua pengedar dan penagih dadah yang aktif di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini