Seramai 371 penternak, petani dan pengusaha akuakultur di Johor terjejas akibat banjir.

Jangkaan kerugian dialami ketiga-tiga sektor RM2.5 juta.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Samsolbari Jamali berkata, pihaknya masih mengesan pemain industri yang terjejas.

Mereka perlu membuat aduan kepada agensi berkaitan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar dan Jabatan Perikanan.

Kerajaan Johor juga menyediakan peruntukkan awal RM100,000 kepada sektor terjejas, dan akan ditambah mengikut keperluan serta jumlah kerugian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini