Kira-kira 39 individu dipercayai terlibat kes dadah dan pecah rumah berjaya ditahan polis Johor Bahru Utara dalam Ops Pemutihan, sejak 6 Mei lalu. Operasi melibatkan 85 anggota itu tertumpu di kawasan hitam seperti Tampoi, Kempas dan Skudai Kiri, Johor. Pihaknya juga bersedia untuk melaksana beberapa operasi seperti Ops Tebuk dan Ops Selamat ketika sambutan Aidilfitri akan datang. Manakala, Ops Selamat Peringkat Kebangsaan dilancarkan 21 Mei ini. Beliau ditemui pada Majlis Penyerahan Bubur Lambuk oleh Komuniti Kepolisan Taman Nesa di Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Utara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini