390 keluarga daripada 2,528 keluarga terjejas banjir di Melaka terima agihan Bantuan Wang Ihsan.

Manakala keluarga selebihnya, akan menerima agihan secepat mungkin. 

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, setakat ini kerajaan negeri telah menerima RM400,000 daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk tujuan bantuan tersebut manakala selebihnya akan disalurkan secara berperingkat.

Beliau ditemui pada majlis penyampaian bencana banjir monsun timur laut daerah Alor Gajah.

Dianggarkan lebih RM11 juta diperlukan kerajaan negeri untuk pembaikan akibat bencana banjir di kawasan terjejas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini