390 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan Terengganu sepanjang operasi sempena Tahun Baharu Cina bermula 25 Januari hingga 10 malam tadi.

Ia hasil pemeriksaan terhadap 2,301 kenderaan sepanjang tempoh tersebut. 

Menurut Pengarahnya, Zulkarnain Yasin, antara kesalahan yang paling banyak dikesan ialah penggunaan cermin gelap, lesen kenderaan motor tamat tempoh, tiada Lesen Memandu Kompeten dan tiada Lesen Vokasional.

Dalam operasi malam tadi, tiga individu turut dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini