Seramai 397 kanak-kanak menerima vaksin COVID-19 pada hari pertama pembukaan semula Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) semalam.
150 daripadanya merupakan kanak-kanak baharu sahaja mencapai usia 5 tahun.
Pembukaan semula program tersebut memberi peluang kepada ibu bapa yang tidak berkesempatan membawa anak-anak mendapatkan vaksin sebelum ini.
PICKids dilaksana selama 5 hari hingga Jumaat ini sempena Minggu Imunisasi Kebangsaan.