4 lagi individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu kepada sebuah syarikat pembersihan.

Mereka yang berusia antara 37 hingga 51 tahun ditahan ketika hadir ke Pejabat SPRM Kedah di Alor Setar, kelmarin dan semalam.

Sumber SPRM memberitahu, penahanan melibatkan pengurus dan pemilik syarikat.

Suspek berusia 44 tahun ditahan pada pukul 8 malam kelmarin dan direman selama lima hari bermula semalam.

Manakala suspek wanita berusia 38 tahun akan dirakamkan pernyataan dan dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Dua lagi individu berusia 37 dan 51 tahun akan dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Setar untuk mendapatkan perintah reman.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini