Polis Pakistan mengesahkan empat pengawal tentera terkorban dalam satu serangan bom oleh seorang suspek yang meletupkan dirinya dengan motosikal di bandar barat daya Quetta. Jurucakap Jabatan Anti Pengganas Polis,  mengesahkan serangan yang menyasarkan pengawal polis sempadan di kawasan kejiranan di bandar itu, Mian Ghundi.

Timbalan Ketua Polis, Azhar Akram memaklumkan tiga pengawal maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal akibat kecederaan teruk yang dialami.

Menurut Akram, 17 lagi pengawal dan dua orang awam cedera dalam letupan itu termasuk tiga berada dalam keadaan kritikal.

Quetta mempunyai 500,000 penduduk etnik Hazara, yang kebanyakannya tinggal di kawasan tersendiri di pinggir kota.

Kawasan yang terletak kira-kira 140 kilometer (km) dari sempadan Afghanistan itu adalah lokasi bagi peniaga sayur-sayuran etnik Hazara yang juga pengikut Syiah.

Masyarakat disitu sering menjadi sasaran serangan Daesh dan kumpulan militan Sunni lain, yang melihat mereka sebagai mazhab sesat.

Siri pengeboman dilakukan oleh kumpulan militan rahsia Pakistan pada 2013 membunuh lebih 200 etnik Hazara di bandar itu.

Pengawal sempadan juga sering menjadi sasaran puak pemberontak Baloch yang menuntut ruang autonomi lebih besar dari pihak berkuasa Pakistan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini