Empat mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di beberapa lokasi di Perairan Johor Timur, Johor dalam tempoh 48 jam sejak kelmarin.
 
Timbalan pengarah operasi Zon maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim, Mohd Najib Sam berkata, pihaknya menerima laporan daripada nelayan yang menemui dua mayat terapung, kira-kira pukul 12.50 tengahari, Selasa lalu.

Dua mayat lagi ditemui di Timur laut Tanjung Balau dan Timur laut
Tanjung Sedili, Kota Tinggi pada pukul 10.30 pagi dan 12.40 tengahari semalam.
 
Kedua-dua mayat berkenaan dibawa ke jeti Zon maritim Tanjung Sedili untuk tindakan lanjut.
 
Penemuan keempat-empat mayat yang disyaki warga asing itu berkemungkinan akibat bot karam, namun sehingga hari ini pihak berkuasa belum menerima sebarang laporan orang hilang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini