Dua daripada lima orang atau 40 peratus golongan bujang di Singapura mengalami masalah mental.

Tinjauan mendapati , masalah mental yang dihadapi mereka semakin buruk , pada tahun ini

Dua per tiga memaklumkan mereka berasa kesunyian, tertekan dan terasing akibat terkurung.

Tinjauan yang dilakukan firma Lunch Actually mendapati golongan bujang yang berusia merasakan kesihatan mental mereka lebih terkesan berbanding orang bujang yang masih muda.

Golongan wanita bujang turut mendakwa mereka lebih terjejas berbanding kaum lelaki .

Pandemik Covid-19 dikatakan menjadi antara faktor utama kepada masalah tersebut.

Tinjauan itu melibatkan 500 orang bujang di republik singapura mengenai mencari pasangan dan kesihatan mental pada tahun ini.

Pandemik Covid-19 menyebabkan golongan bujang di republik itu sukar untuk keluar janji temu, malah 20 peratus daripadanya berputus asa. Kaji selidik itu dilakukan selama dua minggu antara Oktober dan November melalui emel dan hantaran di media sosial.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini