Kira-kira 40 peratus individu yang menerima temu janji suntikan dos penggalak di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tidak hadir menerima suntikan itu. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, situasi itu dikhuatiri boleh meningkatkan bilangan kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital,

Khairy menyatakan demikian dalam laman Twitternya, hari ini. Beliau juga memberitahu suntikan dos penggalak akan diperluaskan kepada individu berusia 40 tahun ke atas mulai hari ini.

Orang ramai akan menerima janji temu melalui MySejahtera bagi mendapatkan suntikan berkenaan. Kementerian Kesihatan (KKM) memulakan pemberian dos penggalak menggunakan vaksin Corminaty keluaran Pfizer bermula 13 Oktober lalu.

Ia dilakukan secara sukarela dan percuma di bawah PICK bagi memastikan tempoh perlindungan yang optima diperolehi oleh penerima vaksin COVID-19 di Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini