Hujan lebat yang turun petang semalam, menjejaskan 40 buah rumah di Kampung Baru, Sungai Tiang, Pendang, Kedah. Bagaimanapun, tiada penduduk yang dipindahkan setakat ini.

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim berkata, petugas Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pendang bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pendang bergegas ke kawasan tersebut bagi memantau situasi banjir di kawasan berkenaan.

Bantuan segera turut disalurkan kepada penduduk terlibat. Sementara itu, Pasukan Pemantauan Banjir APM Pendang terus memantau paras air di kawasan tersebut.

Ia melibatkan pengukuran paras air di lokasi, pemantauan rumah penduduk, mendapatkan data mangsa yang terlibat dan memaklumkan mangsa untuk berpindah ke Pusat Pemindahan jika perlu. Hasil pemantauan juga mendapati air sudah mulai surut, namun masih di paras waspada.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini