40 sukarelawan terdiri daripada golongan belia di Perlis menyertai Program Rakan Muda Day Out bagi menyantuni golongan asnaf dan warga emas. Ia melibatkan tiga kawasan dewan undangan negeri iaitu Mata Ayer, Sanglang dan Bintong. Program menyediakan platform kepada belia melaksanakan aktiviti kesukarelawanan secara teratur.

Menurut Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Norhazita Kamaludin, program ini juga sebagai pendedahan kepada belia melalui pembelajaran, pengalaman, menggunakan inisiatif dan kreativiti dalam melaksana aktiviti di peringkat komuniti.

Menerusi program ini juga, 7 keluarga disantuni terdiri warga emas dan belia yang uzur. Turut diserahkan sumbangan daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri.

Aktiviti lain yang turut dijalankan adalah pembersihan kawasan pantai di Sanglang dan gotong royong mengecat rumah di Kampung Ujung Bukit, Bintong.          

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini