SWCorp terus mempergiatkan Misi Bantuan PascaBanjir bagi penduduk Taman Sri Muda, Shah Alam.

Kali ini kerja-kerja pembersihan dan pelupusan sampah dijalankan di Pangsapuri Valencia dengan dianggotai lebih 40 sukarelawan daripada pelbagai Badan Bukan kerajaan (NGO).

Ketua Operasi Bantuan PascaBanjir Selangor Swcorp, Hazahar Hashim berkata pihaknya merupakan yang terawal memberi khidmat pembersihan sampah di kawasan kediaman tersebut.

Sementara itu, sebilangan penduduk terjejas masih trauma dengan musibah yang melanda mereka baru-baru ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini