4,000 penduduk Orang Asli yang tinggal di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan bersiap sedia menghadapi risiko bencana banjir lumpur ketika musim tengkujuh.

Ini berdasarkan pengalaman berlakunya cerun batu runtuh dan banjir lumpur sebelum ini apabila cuaca hujan berterusan. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca tahap jingga di beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang sehingga hari ini. 

MetMalaysia memaklumkan bagi negeri Kelantan ia melibatkan daerah Gua Musang, manakala di Pahang pula membabitkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Lipis, Maran dan Kuantan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini