4,000 penerima vaksin dos penggalak COVID-19 dijangka hadir pada hari pertama pembukaan pusat pemberian vaksin (PPV) di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, hari ini.

PPV yang beroperasi bermula pukul 8 pagi sehingga 9 malam akan dibuka selama dua bulan sehingga 15 Mac 2022. 

Menurut Pengurus PPV IDCC Shah Alam, Dr Nur Es Nani Awaluddin, PPV berkenaan bakal menyumbang 40 peratus penerima dos penggalak di sekitar Lembah Klang.

Tambah beliau, dengan tenaga kerja seramai 150 petugas kesihatan dan sukarelawan akan membantu kelancaran proses pemberian vaksin dos penggalak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini