Ahli arkeologi di Peru menemui 40 rangka manusia abad ke-16, ketika zaman penjajahan Sepanyol di negara itu.

Rangka tersebut ditemukan berhampiran Hospital Real de San Andres, sebuah bangunan terkenal di ibu negara Lima.

Ia tidak lagi beroperasi sebagai hospital, tetapi dipercayai salah satu yang pertama di Amerika Selatan yang dibina pada 1552 dan bertujuan untuk pesakit Sepanyol.

Ia melatih doktor dan sebahagian daripada hospital itu juga ditetapkan untuk merawat pesakit mental.

Anehnya, rangka itu masih belum ditemukan sehingga kini walaupun mempunyai kubur yang sangat cetek iaitu hanya 12 inci (kira-kira 30 sentimeter) di bawah permukaan tanah.

Tapak ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian tengah, gereja dan wad perubatan yang lebih tua.

Penggalian bermula pada 2021 dan mayat di sebuah kubur bawah tanah yang diperbuat daripada batu-bata serta dianggap digunakan selama 300 tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini