427 permohonan pewartaaan perkampungan orang asli sedang diproses.

Perdana Menteri berkata, permohonan pewartaan bakal dipermudah.

Perkara mengenainya akan dibincang dalam mesyuarat bersama kerajaan negeri.

Jelas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,  117 kampung orang asli, masih belum mengemukakan permohonan pewartaan.

Beliau memaklumkannya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) kali ke-23 sesi 2021/2022 di Dewan Majlis Daerah Bera, Padang Luas.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak pernah sesekali meminggirkan, sebaliknya mengutamakan semua kaum minoriti di Malaysia termasuk orang asli.

Fokus memperkasa pendidikan diberi tumpuan, bagi mengatasi isu keciciran murid ke sekolah menengah.

Antara yang dilaksana, menyediakan laluan khas kepada murid orang asli ke sekolah berasrama penuh, Maktab rendah Sains Mara serta Institut Pengajian Tinggi.

Juga, menyediakan pembiayaan penuh pembelajaran kepada mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini