44 individu ditahan bersama motosikal ubah suai di empat inap desa sekitar Georgetown, Pulau Pinang.

Kesemua mereka yang berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun, ditahan dalam Op Ambang Tahun Baharu yang bermula 4 petang hingga 10 malam tadi.
 
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata, siasatan awal mendapati, kesemua mereka datang dari beberapa negeri antaranya Perak, Kedah, Selangor, Johor dan Pahang untuk mengadakan pertemuan sempena Tahun Baharu.

Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah Timur Laut untuk tindakan lanjut.

400 motosikal diperiksa dalam operasi berkenaan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini