Seramai 153,210 individu dewasa menerima dos penggalak vaksin COVID-19 semalam.

Ini menjadikan jumlah kumulatif penerima dos penggalak melibatkan populasi berkenaan seramai 10,561,588 individu atau 45.1 peratus setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, seramai 22,915,270 individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa negara telah lengkap vaksinasi.

Manakala lebih 23 juta individu atau 99.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, lebih 2.7 juta individu atau 88.3 peratus telah lengkap vaksinasi.

Manakala lebih 2.8 juta atau 91 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 14 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Johor, Kedah, Perak, Selangor dan Terengganu masing-masing mencatatkan dua kematian.

Manakala di Kuala Lumpur, Sabah, Pahang dan Melaka masing-masing merekodkan satu kematian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini