Polis Johor mengenalpasti 45 lokasi kerap berlaku kemalangan di negeri berkenaan.
Pemantauan menyeluruh akan dilaksana di kesemua kawasan itu menerusi OP Selamat 17 yang dijalankan sempena Tahun Baharu Cina hingga 6 Februari depan.
Tindakan itu bagi bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan ditetapkan bagi mengelak risiko kemalangan.
Fokus operasi tertumpu kepada usaha membanteras jenayah pecah rumah.
Penugasan membabitkan 25 pegawai dan 215 anggota polis.