Jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu kekal 451 orang daripada 128 keluarga, setakat pukul 6 pagi tadi.

Kesemuanya ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah terlibat.

Sekretariat jawatankuasa pengurusan bencana negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, Dungun paling ramai terjejas dengan 408 penduduk, manakala selebihnya di Kemaman.

Jumlah tertinggi di dewan orang ramai Kampung Syukor, Dungun iaitu 225 orang.

Sungai Dungun kini berada pada paras amaran.

Manakala, beberapa sungai utama berada pada paras berjaga-jaga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini