46 kematian akibat banjir dilaporkan di TIGA negeri,  setakat pukul 4 pagi tadi.

Ketua Polis Negara,  Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata,  daripada jumlah itu,  25 kematian direkodkan di Selangor,  18 di Pahang,  manakala Kelantan (3).

Menurut Tan Sri Acryl Abdullah, lima lagi  dilaporkan hilang.

Dari segi bilangan kes jenayah pula, beliau berkata, sejumlah 15 kes pecah rumah dan curi kenderaan direkodkan sehingga 24 Disember.

10 kes membabitkan pecah masuk premis perniagaan dan persendirian dan selebihnya
membabitkan  curi motor dan kenderaan.

Dalam pada itu, Tan Sri Acryl Sani berkata, masih terdapat 334 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh negara.

Setakat ini,  Pahang masih mencatat bilangan mangsa tertinggi di PPS, iaitu seramai 25,097 orang. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini