46 rakyat Palestin cedera bertempur dengan pasukan bersenjata Israel berdekatan bandar Ramallah di Tebing Barat.

Laporan agensi berita WAFA menyatakan – 26 daripada 46 rakyat Palestin mengalami kecederaan selepas terhidu gas pemedih mata yang dilancarkan tentera Israel.

Selain itu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin memberitahu , 14 orang tercedera ditembak peluru getah Hubungan Israel-Palestin terjejas sejak beberapa dekad lalu, susulan rakyat Palestin menggesa perakuan diplomatik terhadap kemerdekaan negara itu di Tebing Barat.

Kerajaan Israel enggan memperakui Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka dari segi politik dan diplomatik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini