463 kawasan melibatkan 5 daerah di Lembah Klang dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Ini berikutan pencemaran bau dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Menerusi kenyataan, Air Selangor memaklumkan insiden telah menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

Susulan itu, 172 kawasan di daerah Petaling, 194 di daerah Sepang, 54 di Hulu Langat, 23 di Putrajaya dan 20 lagi di Kuala Langat dijangka terkesan.

Pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi dan laman sesawang rasmi Air Selangor untuk mengetahui perkembangan terkini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini