Sebanyak 47 kawasan di wilayah Petaling mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 24 jam bermula hari ini.
Gangguan berkenaan susulan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil, dan dijangka pulih sepenuhnya pada 9 pagi esok.
Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Air Selangor, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.
Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual menerusi saluran komunikasi rasmi Air Selangor.