47 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor masih beroperasi setakat pukul 6 pagi ini.

3,495 penduduk ditempatkan di PPS tersebut.

Menurut Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan, penduduk yang terjejas itu melibatkan 1,004 keluarga.

Empat daerah masih terjejas iaitu Segamat, Tangkak, Muar dan Batu Pahat.

Segamat masih menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 1,657 orang daripada 464 keluarga di 27 PPS.

Tangkak 705 orang daripada 208 keluarga di sembilan PPS, 1,190 orang daripada 356 keluarga di 10 PPS di Muar dan Batu Pahat, 74 orang daripada 21 keluarga di dua PPS.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini