47 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Myanmar yang cuba seludup masuk ke negara ini dicekup di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Cubaan dipercayai dilakukan menggunakan laluan tidak sah menerusi Thailand.

Tangkapan dibuat Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia di kawasan ladang getah.
 
Mereka dipercayai menjadikan kawasan berkenaan tempat bersembunyi.

Pemeriksaan mendapati PATI berkenaan masuk melalui pagar sempadan yang dirosakkan.

Semua PATI berusia antara 15 hingga 49 tahun itu didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
 
Turut dirampas, 34 telefon bimbit dan wang tunai dalam matawang pelbagai negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini