472 kawasan di wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Menurut Air Selangor,dua loji rawatan air (LRA) terpaksa dihentikan kerana penutupan bekalan elektrik di muka sauk Semantan dan LRA Cheras Batu 11.

Manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran bekalan air separa kerana peningkatan paras kekeruhan yang tinggi.

Bantuan bekalan air kepada pengguna dan premis-premis kritikal di kawasan yang terjejas tidak dapat digerakkan berikutan penutupan beberapa jalan utama.

Pihaknya akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden itu dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini