Fahami suasana dan rencah kehidupan warga kota.

Demikian antara strategi radio RTM, KLFM untuk sentiasa memberikan yang terbaik dan menjadi pilihan utama pendengar di Ibu Negara.

Memasuki ulangtahun ke-48nya hari ini, KLFM terus menyajikan hiburan dan informasi terkini, selain segmen-segmen menarik buat semua pendengar.

Antara kelainan yang dibawakan sempena 48 tahun KLFM, ialah 48 lintas langsung secara bervisual di lokasi-lokasi menarik sekitar ibu negara yang bermula sejak 1 November lalu.

Bukan sekadar hiburan semata-mata, malah KLFM turut memainkan peranan penting dalam memberi kefahaman menyeluruh kepada warga kota untuk memerangi covid-19.

KLFM bermula dengan penubuhan Radio Malaysia Ibukota, RMIK pada 5 November 1973.

Pelbagai segmen menarik disajikan antaranya Rentak Pagi KL, Kenangan Lalu KL, Hai Hai Kuala Lumpur, Nadi Kota KL dan Neon Neon KL.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini