Seperti dijanjikan Menteri Kesihatan semalam, hari ini 480 silinder oksigen dan 48 oksigen regulator dihantar ke Sabah.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut diterbangkan ke sana, stok ubat-ubatan.

Peralatan perubatan tambahan ini merupakan sebahagian langkah kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan KKM dalam menghadapi trend peningkatan kes Covid-19 di Sabah.

Penghantaran semua keperluan tersebut dibuat dengan kerjasama Kementerian pertahanan melalui Tentera Udara DiRaja Malaysia TUDM.

Jelas Khairy, silinder oksigen merupakan sumbangan Creador Foundation.

Manakala oxygen concentrator disumbangkan Yayasan Bursa Malaysia.

Beberapa syarikat swasta lain turut menyumbang daripada aspek logistik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini