Seramai 485 orang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak bersiap siaga menghadapi banjir di negeri berkenaan.

Jelas Menteri Pembangunan Kesejahteraan Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat Datuk Seri Fatimah Abdullah; 42 kenderaan milik jabatan itu bersedia digerakkan sekiranya perlu dalam operasi banjir.

Turut siap siaga 23 Pangkalan Hadapan Bencana iaitu tempat, bangunan atau premis bagi penyimpanan stok barang bantuan di kawasan yang mudah dilanda banjir dan kerap terputus hubungan.

Barang bantuan akan dibekalkan sebelum musim tengkujuh dan disimpan di pangkalan hadapan untuk tempoh enam bulan.

Malah, 157 pembekal makanan kering dan 231 makanan bermasak untuk penduduk terjejas banjir juga telah dikenal pasti.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini