Sebanyak 49 kes baharu jangkitan Covid-19 varian Omicron dikesan di Malaysia menjadikan jumlah kumulatif kes varian tersebut kini sebanyak 62 kes.

Menurut Menteri Kesihatan; Khairy Jamaluddin, Daripada 62 kes Omicron yang dikesan itu,  61 kes merupakan jangkitan import, manakala satu kes masih dalam siasatan yang disyaki berkemungkinan jangkitan tempatan.

Jelasnya, Satu  kes Covid-19 varian Omicron yang berkemungkinan jangkitan tempatan telah dilaporkan di Negeri Sarawak semalam.

Kes merupakan seorang lelaki warganegara China berusia 38 tahun yang bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan di Sarawak selama tiga  tahun.

Beliau bercakap dalam sidang media di Putrajaya.

Tambah Khairy lagi, Punca jangkitan masih belum dapat dikenal pasti dan siasatan masih diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching.

Individu tersebut juga telah lengkap vaksinasi dan dalam keadaan stabil.

Seramai dua kontak rapat telah dikenal pasti iaitu seorang pemandu kenderaan dan seorang lagi kontak sosial.

Kedua-dua kontak ini telah diberi arahan kuarantin di stesen kuarantin untuk tempoh 14 hari dan keputusan ujian sampel pertama bagi kedua-dua mereka adalah negatif COVID-19.

Pengesanan kes tempatan ini juga menunjukkan kemungkinan varian omicron berada dalam komuniti adalah agak tinggi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini