Sidang DUN Kelantan diberitahu sebanyak 49 perancangan jangka pendek dan panjang telah dirangka dalam memastikan kebajikan golongan warga emas, wanita dan OKU di negeri itu terbela dalam mendepani COVID-19.

EXCO Kelantan, Datuk Mumtaz Md Nawi berkata ia terdiri daripada 27 perancangan jangka pendek dan panjang untuk golongan OKU, wanita (14) dan warga emas (lapan).

Beliau berkata agihan bakul makanan, caruman Skim Takaful Rahmah kepada OKU terlantar dan Majlis Penasihat OKU Negeri Kelantan pula antara sembilan perancangan jangka pendek dan 18 jangka panjang bagi golongan OKU.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini