Kuching, Serian, Sri Aman, Miri dan Limbang diisyhtiharkan sebagai kawasan kawalan Penyakit Kuku dan Mulut (FMD).

Kelima-lima kawasan tersebut terletak bersempadan dengan Kalimantan Barat dan Kalimantan Utara yang merekodkan wabak FMD aktif dalam kalangan populasi lembu, kerbau, kambing dan biri-biri.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom memaklumkan pengisytiharan tersebut membolehkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak  mengambil semua langkah kawalan yang perlu untuk mencegah kemasukan Penyakit Kuku dan Mulut ke negeri ini.
 
Ini termasuk melarang import ternakan dan produk ternakan dari Indonesia, pemantauan dan pengawasan ternakan di kawasan berisiko tinggi, serta menjalankan pemeriksaan veterinar di pintu masuk Sarawak.
 
FMD ialah jangkitan virus akut dan sangat berjangkit
terhadap haiwan domestik dan liar.
 
Sarawak sebelum ini diiktiraf sebagai zon bebas Penyakit Kuku dan Mulut tanpa vaksin oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia sejak Mei 2004.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini