Lima maut manakala 21 yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di selatan bandar Moscow pada awal pagi Ahad.

Kemalangan berlaku pada 5.45 pagi waktu tempatan itu berlaku di wilayah Ryazan.

Agensi Pemeriksaan Jalan Trafik Persekutuan Rusia berkata, bas dengan muatan 49 penumpang itu mungkin terlanggar tiang di tepi jambatan kereta api.

Ia berlaku di lebuh raya berhampiran Kampung Voslebovo sekitar 270 kilometer di selatan Moscow.

Kes siasatan dibuka pihak polis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini