Empat Buah Kenderaan dan sebuah Lori terlibat dalam kemalangan Jalanraya awal pagi tadi di kilometer 21.9 Lebuhraya Elite-Cyberjaya.

Kemalangan kira-kira pukul 10:37 pagi itu menyebabkan seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir 15 minit akibat tersepit dalam kereta yang dipandunya.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 11.09 pagi.

Mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia  untuk tindakan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini