Beberapa negeri beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara, PPN setelah Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM dan Majlis Keselamatan Negara, MKN mengambil kira penilaian risiko semasa.

Ia melibatkan Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah, yang berkuatkuasa 8 November ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein melalui satu kenyataan berkata, Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 hari ini bersetuju bagi peralihan Fasa PPN tersebut.

Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 4 adalah sama dengan sebelum ini.

Jelasnya, keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan, anak-anak kapal di bawah Pengurusan Lembaga Pelabuhan Klang dibenar mengambil suntikan vaksin semasa persinggahan di Pelabuhan Klang, bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan KKM dan Jabatan Imigresen Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini